Tuesday, December 18, 2012

Hulagu Khan - Khabar Hitam dari Timur.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sumber: Hulagu Khan - Khabar Hitam dari Timur
Karya: Abdul Latip Talib.
Olahan: Dr Am

Korang kenal ke dengan Hulagu Khan?
Hulagu Khan adalah cucu kepada Genghis Khan.
Cita dia dari kecik nak jadi penakluk dunia macam atuk dia.

Semuanya gara-gara si ibu yang bernama Sorhgaghtani Beki.
Ibunya selalu menceritakan kisah kehebatan datuk Hulagu Khan pada dia.

Kata-kata Genghis Khan yang menjadi inspirasi Hulagu Khan untuk menjadi seorang penkaluk:

"Yang paling nikmat dalam hidup aku adalah apabila dapat mengalahkan musuh, kemudian memancung leher mereka serta merampas barang-barang berharga milik mereka dan mendengar tangisan orang yang mencintai mereka"

Kejam gila manusia yang bernama Genghis Khan ni....

Lepas Hulagu Khan kematian ayahnya,Tolui yang dibunuh tentera Bani Abbasiyyah dalam satu pertembungan yang tidak disengajakan,
Hulagu Khan pergi ke Lurs, yang terletak di utara Parsi.
Tujuan utamanya adalah untuk menakluk kembali Lurs yang pernah berada di bawah pemerintahan tentera Monggol.

Penguasa Lurs, meminta bantuan daripada kerajaan Bani Abbasiyah di Baghdad dan kerajaan Mesir untuk menghadapi bala tentera Monggol yang berjumlah 200 ribu orang tu.

Malangnya, jawapan yang diterima daripada kedua-dua pihak amatlah mengecewakan.
Akhirnya, kesemua tentera Lurs yang berjumlah 50 ribu orang dibunuh.

Tentera Monggol mengganas di Lurs selama 3 hari 3 malam.
Ramai penduduk dibunuh dan wanita-wanita diperkosa.
Tercapailah hasrat Hulagu Khan untuk menakluk Lurs.

Nak tau tak?
Lurs pada masa itu dihuni oleh kaum muslimin.
Begitu juga kerajaan Bani Abbasiyah dan kerajaan Mesir.
Kedua-duanya merupakan kerajaan Islam.

Langsung tiada tindakan yang diambil ketika saudara seagama di Lurs meminta bantuan.
Ye...memang telah tercatat dalam buku-buku sejarah tentang kelemahan umat Islam pada masa itu.

Khalifah Al Musta'sim Billah, pemimpin kerajaan Bani Abbasiyah pada ketika itu memang terkenal sebagai seorang yang lemah.
Sebab tu lah musuh berani menyerang.

Seperti yang kita pelajari dalam Sejarah Tingkatan 4 zaman sekolah dulu,
kerajaan Bani Abbasiyah tewas kepada tentera Monggol dengan izin Allah.

Tamatlah kegemilangan sebuah pemerintahan Islam.
Hilanglah sudah karya-karya dan permata-permata ilmu yang dulunya menjadi kebanggaan ummah.

Para ulama dan cendekiawan dibunuh dan kitab-kitab berharga dibakar dan dihumbankan ke dalam sungai.
Banyaknya kitab-kitab yang dihapuskan tentera Monggol menyebabkan air Sungai Dajlah menjadi hitam disebabkan dakwat pena.
Dakwat pena yang dahulunya menjadi rujukan dan harta bernilai bagi umat Islam khususnya.

Apa bezanya situasi kita sekarang dengan situasi mereka pada zaman dahulu?
Kita juga masih menjadi pemerhati sedangkan kita sedar saudara seagama kita di Palestin dan Syria sedang dibunuh.

Renung-renungkan.

Ayuh, pemuda pemudi sekalian.
Marilah bersama-sama menjadi mujahidin.
Tanamkanlah keinginan untuk syahid dalam hatimu.
Suburkanlah benih-benih iman dan hidayah yang dikurniakan padamu atas dasar ihsan daripadaNya.

Sekian.

p/s: Entri khas untuk diri aku sendiri yang sedang kehilangan semangat juang.
Juga untuk rakan-rakan sekalian~

1.27 am - MALAYSIA
7.27 pm - MESIR

No comments: