Tuesday, December 18, 2012

Hulagu Khan - Khabar Hitam dari Timur.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sumber: Hulagu Khan - Khabar Hitam dari Timur
Karya: Abdul Latip Talib.
Olahan: N.H.S



Korang kenal ke dengan Hulagu Khan?
Hulagu Khan adalah cucu kepada Genghis Khan.
Cita dia dari kecik nak jadi penakluk dunia macam atuk dia.

Semuanya gara-gara si ibu yang bernama Sorhgaghtani Beki.
Ibunya selalu menceritakan kisah kehebatan datuk Hulagu Khan pada dia.

Kata-kata Genghis Khan yang menjadi inspirasi Hulagu Khan untuk menjadi seorang penakluk:

"Yang paling nikmat dalam hidup aku adalah apabila dapat mengalahkan musuh, kemudian memancung leher mereka serta merampas barang-barang berharga milik mereka dan mendengar tangisan orang yang mencintai mereka"

Kejam gila manusia yang bernama Genghis Khan ni....

Lepas Hulagu Khan kematian ayahnya, Tolui yang dibunuh tentera Bani Abbasiyyah dalam satu pertembungan yang tidak disengajakan, Hulagu Khan pergi ke Lurs, yang terletak di utara Parsi.
Tujuan utamanya adalah untuk menakluk kembali Lurs yang pernah berada di bawah pemerintahan tentera Monggol.

Penguasa Lurs, meminta bantuan daripada kerajaan Bani Abbasiyah di Baghdad dan kerajaan Mesir untuk menghadapi bala tentera Monggol yang berjumlah 200 ribu orang tu.

Malangnya, jawapan yang diterima daripada kedua-dua pihak amatlah mengecewakan.
Akhirnya, kesemua tentera Lurs yang berjumlah 50 ribu orang dibunuh.

Tentera Monggol mengganas di Lurs selama 3 hari 3 malam.
Ramai penduduk dibunuh dan wanita-wanita diperkosa.
Tercapailah hasrat Hulagu Khan untuk menakluk Lurs.

Nak tau tak?
Lurs pada masa itu dihuni oleh kaum muslimin.
Begitu juga kerajaan Bani Abbasiyah dan kerajaan Mesir.
Kedua-duanya merupakan kerajaan Islam.

Langsung tiada tindakan yang diambil ketika saudara seagama di Lurs meminta bantuan.
Ye...memang telah tercatat dalam buku-buku sejarah tentang kelemahan umat Islam pada masa itu.

Khalifah Al Musta'sim Billah, pemimpin kerajaan Bani Abbasiyah pada ketika itu memang terkenal sebagai seorang yang lemah.
Sebab tu lah musuh berani menyerang.

Seperti yang kita pelajari dalam Sejarah Tingkatan 4 zaman sekolah dulu,
kerajaan Bani Abbasiyah tewas kepada tentera Monggol dengan izin Allah.

Tamatlah kegemilangan sebuah pemerintahan Islam.
Hilanglah sudah karya-karya dan permata-permata ilmu yang dulunya menjadi kebanggaan ummah.

Para ulama dan cendekiawan dibunuh dan kitab-kitab berharga dibakar dan dihumbankan ke dalam sungai.
Banyaknya kitab-kitab yang dihapuskan tentera Monggol menyebabkan air Sungai Dajlah menjadi hitam disebabkan dakwat pena.
Dakwat pena yang dahulunya menjadi rujukan dan harta bernilai bagi umat Islam khususnya.

Apa bezanya situasi kita sekarang dengan situasi mereka pada zaman dahulu?
Kita juga masih menjadi pemerhati sedangkan kita sedar saudara seagama kita di Palestin dan Syria sedang dibunuh.

Renung-renungkan.

Sekian.

Malaysia - 1:27 am (GMT +8)
Mesir - 7:27 pm (GMT +2)
Share:

Sunday, December 2, 2012

Cara Memperbaharui Visa Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم

[Updated] Klik untuk ke entri: Cara Memperbaharui Visa Mesir Edisi Kemas kini

Entri ni sebenarnya kesinambungan untuk entri Cara Memohon Visa Mesir.
Dalam entri lepas, visa yang korang mohon tu untuk 3 bulan je...

Jadi, bila visa 3 bulan tu dah tamat, mesti korang tertanya-tanya nak buat camne kan...?
Terutamanya pelajar yang baru datang ke Mesir.

Takpe...takpe....takpe...
Sila baca entri ni sampai habis untuk tahu CARA-CARA MEMPERBAHARUI VISA MESIR.

*Cara-cara ni mungkin lebih sesuai untuk PELAJAR yang belajar di Mesir.
Ni untuk muhafazah TANTA. Muhafazah Kaherah, Mansoura, Iskamdariah dan lain-lain mungkin ada perbezaan.
Kalau untuk pekerja mungkin ada tambahan dokumen, tapi, aku tak tahu sebab aku bukan pekerja..Hee~

*Edited: Bayaran dan dokumen yang diperlukan juga bergantung pada kursus yang diambil. Cam aku, pelajar jurusan Sains Kesihatan (Medik/Pergigian/Farmasi) bayaran mahal sikit la berbanding pelajar jurusan Syariah, Usuluddin, etc. etc.

PENTING!
1*
Tempoh diberi untuk perbaharui visa adalah selama 2 MINGGU selepas tarikh tamat visa

Contoh:
Tarikh tamat visa Abu pada 3 Disember 2012
Jadi, Abu ada masa sehingga 17 Disember 2012 untk perbaharui visa dia.

Jika dalam tempoh tu Abu tak perbaharui visa, dia akan dikenakan denda.
Bayaran denda sebanyak 150 LE.
*Abu dikira sangat bertuah jika tidak dikenakan denda (Di Mesir, macam-macam kemungkinan ada...)

2*
Kalau ada sebab-sebab munasabah yang menyebabkan urusan perbaharui visa tertangguh, Abu boleh
mohon "SURAT PENGAMPUNAN" daripada Kedutaan Malaysia di Kaherah.
Selalunya, masalah kitorang, universiti lambat bagi tasdiq kuliah.

Tasdiq kuliah akan dikeluarkan tiap-tiap tahun oleh pihak universiti.
Takde tasdiq, tak boleh buat visa.

Paham-paham je la kalau dah berurusan dengan Arab...
Bukra...bukra... sampai 1 bulan pun bukra juga...*haish*

3*
Tempoh siap visa: Visa siap pada hari yang sama. Aku pernah pergi awal pagi untuk buat visa.
Kaunter buka je, isi borang bagai....dalam 2 jam lepas tu siap. Kejap je...

4*
Korang takyah risau sangat pun sebab, selalunya ada je senior korang yang baik hati akan tolong uruskan korang.

Aku sayang sangat senior-senior Tanta....
Masih kuingat saat mereka bersusah payah uruskan kami dulu...^^

Habis intro, masuk bab visa.

Jenis Visa: VISA PELAJAR
Tempoh sah: 1 TAHUN

DOKUMEN-DOKUMEN yang diperlukan:

1. Passport

2. Salinan passport
- yang ada data peribadi + gambar korang tu...

3. Gambar
- saiz gambar = saiz gambar passport

4. Salinan visa
- Visa terakhir yang korang buat.
- Visa pelancong yang 3 bulan korang buat kat Malaysia tu / Student visa yang dibuat di Mesir

5. Salinan cop masuk ke Mesir (cop kastam)
- masa korang nak masuk Mesir, kastam akan cop "ARRIVAL DATE" kat passport korang.
- Fotostat la cop tu ye.

6. Tasdiq kuliah yang ASLI
- Tasdiq ni adalah kenyataan daripada pihak universiti menandakan korang ni belajar di universiti tersebut pada tahun sekian...sekian... faham?



7. Fulus a.k.a duit
- 92.25 LE
Sila bayar dengan jumlah yang cukup-cukup je untuk memudahkan urusan

Edited: Bayaran visa LE 92.50 pada tahun 2014



Dah cukup dokumen?
Jom buat visa...!

PROSES PERMOHONAN

1. Isi borang
- visa dalam bahasa Arab dipanggil إقامة [i-qa-mah]. Nak minta borang tu, cakap je iqamah.
Faham la arab tu nanti. Tapi, yang sebetulnya, borang dalam bahasa Arab = استمارة [is-ti-ma-rah]
- Isi la apa yang patut...



2. Hantar borang berserta dokumen-dokumen (kecuali duit)

3. Tunggu sat....

4. Bila 3mmu @ makcik @ kakak @ abang yang jaga kaunter tu panggil nama korang,
pi la ke kaunter tersebut.

5. Serahkan bayaran visa

6. Tunggu sat lagi...

7. Ambil semula passport korang.

8. Siap...! Alhamdulillah~

Kalau takde masalah pape, gitulah cara buat visa kat Mesir ni.
Sebelum buat visa tu, mohonlah Allah permudahkan urusan.
Itu je la...

Sekian.

Adios~
Share:

Thursday, November 8, 2012

Khalid Al-Walid - Memburu Syahid

بسم الله الرحمن الرحيم

Tajuk entri sama dengan tajuk buku keluaran PTS Litera tulisan
Abdul Latip Talib.

Baru je lepas habis baca buku tu.
Sedihhhhh sangat...
Panglima Khalid Al-Walid sangat  mahukan mati syahid,
jadi, beliau join lebih dari 100 peperangan yang melibatkan tentera Islam.

Perang Muktah,
Pembukaan Kota Mekah,
Perang dengan Parsi,
Perang menghapuskan nabi-nabi palsu,
Pembebasan Baitul Maqdis dari cengkaman Kristian,
Perang Yarmouk dengan tentera Rom

dengan izin Allah, beliau tak pernah tewas dalam mana-mana peperangan pun.

Masa beliau sakit, beliau betul-betul sedih sebab tak dapat mati syahid.
Baginya, mati di atas katil untuk orang yang pengecut.

Panglima yang mendapat gelaran Saifullah (Pedang Allah) ini tidak pernah angkuh dengan jawatan Ketua Tentera Islam yang dipegangnya.
Walaupun selepas dilucutkan jawatan oleh Khalifah Umar Al-Khatab, tidak terbit walau segaris rasa kecewa atau sakit hati dalam dirinya.
Bagi dirinya, beliau berperang kerana Allah bukan kerana sesiapa pun.

Allah...Allah...Allah...
Sungguh tinggi tahap ketakwaan Khalid Al-Walid pada Allah.

Jika sebelum memeluk Islam, beliau sangat membenci Islam,
bersungguh-sungguh memerangi tentera Islam dalam Perang Uhud,
Beliau jugalah yang menempa kejayaan demi kejayaan untuk kerajaan Islam.
Sungguh indah perancangan Allah yang Maha Mengetahui.

Seorang hamba Allah yang sentiasa ingat pada Allah,
sentiasa memohon bantuan daripada Allah tatkala dalam kesusahan,
sangat sayangkan tenteranya,
keras dengan musuhnya,
dan dalam masa yang sama bijak membuat keputusan.

Sehinggakan Khalifah Abu Bakar pernah berkata, "Tidak ada wanita yang akan melahirkan lelaki seperti Khalid Al-Walid lagi."

Nama Khalid Al-Walid amat terkenal sehinggakan musuh pun berasa gerun apabila mendengar namanya.
SubhanAllah~

Tahap ketakwaan panglima ini sangat tinggi sehingga beliau sanggup minum racun yang dikatakan amat berbisa dengan tujuan membuktikan ajal seseorang ditentukan oleh Allah. Selagi belum sampai ajal seseorang tu, tiada apa pun yang boleh dilakukan untuk mematikannya.

Allah...MasyaAllah...

Itu je yang mampu diucapkan.
Moga diri ini terus berusaha memperbaiki cela yang ada.

Allah...

Sekian.

My "To-Be-Read" List...
Hasil memborong buku masa cuti musim panas aritu...hohoho... :D





Ini belum kira buku-buku Pergigian yang nak dihadamkan... heee...
Peace, yo!




Share:

Monday, October 1, 2012

Cara Memohon Visa Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri kali ni khas untuk sesiapa yang nak mohon visa ke Mesir.
Aku mendapat inspirasi untuk tulis pasal ni pun berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Dah ada pengalaman baru boleh cerita...ye idak? ^^

Jenis Visa: VISA PELANCONG
Tempoh sah: 3 BULAN
Khas untuk:
- Pelancong
- Pelajar yang baru pertama kali nak ke Mesir

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

1. Passport.

2. 1 salinan passport

3. 1 keping gambar berwarna (latar belakang warna PUTIH) bersaiz 4 X 6 cm
- ni saiz yang biasa digunakan kalau nak buat visa umrah.

4. Duit RM 67.
- mesti cukup-cukup untuk memudahkan urusan

UPDATED:
Bayaran ni mungkin berubah ikut keadaan.
Baru-baru ni (Sep 2013) abang aku buat visa, kena bayar RM107...

Itu je.

* Untuk pelajar yang sudah pun memulakan pengajian di Mesir, eloklah disertakan sekali
1 salinan tasdiq kuliah (bukti korang belajar di Mesir). Takde tasdiq pon takpe.
InsyaAllah lepas je nak buat visa.

Masa aku gi buat visa tu,  bukan setakat tasdiq kuliah, salinan kad pelajar pun aku bagi.
Senang kerja.
Well, better prepare than sorry.

PROSES PERMOHONAN pula camni:

1. Pergi ke kedutaan Mesir.

Tahu ke tidak alamatnya di mana? Takpe.... Biar aku bagitahu...

No. 12, Jalan Ru, Persiaran Ampang Hilir,
550000 Kuala Lumpur.

Kalau korang pergi naik teksi, cakap je : "Kedutaan Mesir kat Ampang".
InsyaAllah pakcik teksi tu tahu.

2. Minta borang kat kaunter kedutaan.

Korang jangan la bayangkan kaunter tu macam kaunter kat Pejabat Pendaftaran Negara... Kaunter tu sama macam pos pengawal je.  Betul-betul kat sebelah pintu pagar kedutaan.

Ada 2 orang yang jaga kat situ:

- Seorang pakcik berbangsa Melayu (Nama pak cik tu Rahman)
- Seorang pegawai wanita Arab

JADI, korang boleh guna :
  • bahasa Inggeris, "I want a form for visa application.",
  • bahasa Arab, " 'Aiz/'Aizah iqamah.",
  • atau pun bahasa Melayu, "Pak cik, saya nak borang untuk visa."

No problemo. TAPI! Ha...ada tapinya...
- Guna bahasa Inggeris atau bahasa Arab dengan mak cik Arab yang jaga kaunter tu
- Guna bahasa Melayu dengan pak cik Rahman tu

3. Lengkapkan borang dan kepilkan dokumen-dokumen tu.
- Pandai-pandailah korang isi ye...

4. Tampal satu kertas yang tertulis:

- Nama
- No passport
- No telefon

 di kulit depan passport korang macam contoh kat bawah ni:



5. Tulis nama atas resit yang disediakan.

Tulis nama dan no passport korang atas resit camni...

6. Buat bayaran dan bolehlah korang pergi dari situ. ^_^

PENTING:

* Visa biasanya siap dalam tempoh 4-5 HARI.

p/s: kalau korang ada sebab yang munasabah dan nak cepat dapatkan visa tu, silalah tanya sebarang kemusykilan kat pegawai tu.

* Harap BERSABAR sebab sistem pengurusan kat situ tak seperti yang korang harapkan.

* Waktu bekerja : 10 A.M - 12 P.M (ISNIN - JUMAAT)

* Jangan lupa bawa resit masa nak ambil semula passport nanti. :)

* Situasi di kaunter tu sebijik macam kat Mesir. Kalau nak rasa sistem pengurusan Mesir, silalah melawat kedutaan Mesir.

Sekian.

[Dunia berubah mengikut peredaran masa, jadi, kalau ada perubahan pasal prosedur ke, dokumen, tempat atau bayaran minta maaf yep. Sentiasa bersedia untuk sebarang perubahan! ^_^]

Jika anda pelajar yang pertama kali datang ke Mesir, bolehlah baca entri ni pula.
Cara Memperbaharui Visa Mesir

UPDATE:
Laman web lain berkenaan Kedutaan Mesir dan Visa ke Mesir:

1. Kedutaan Mesir

2. Visa ke Mesir
Share:

Thursday, May 10, 2012

Aku dan Lalat

بسم الله الرحمن الرحيم

9 Mei 2012.
Musim panas kat Mesir.
Bila masuk musim panas, cabaran paling menguji tahap kesabaran tak lain tak bukan
datang daripada Encik Lalat dan keluarganya.



Atok lalat, nenek lalat, encik lalat, puan lalat, anak lalat, cucu lalat, cicit lalat,
sepupu lalat, dua pupu lalat pendek kata semua kaum kerabat lalat keluar masa musim panas ni.
Ye la, masa musim sejuk, sejuk sangat sampai tak ada tenaga nak terbang ke sana sini, kan.

Lalat ni suka cahaya yang terang.
Kalau buka lampu, mula la mereka berkerumun.
Kalau tutup lampu, seekor pun tak ada.
Masalahnya, Encik Nyamuk pula yang datang menjamu selera dalam gelap.

Paling tak boleh tahan apabila Encik Lalat tu hinggap kat badan.
Tempat dia paling suka hinggap: tangan.
Dah hinggap tu satu hal, boleh la pula dia menari-nari atas tangan kita.

Tak tahan punya pasal, aku pun pergi berlayar untuk mencari petua yang boleh digunakan untuk menghalau serangga perosak ni. Inilah hasilnya:

Petua blog pertama: [klik]

1. Bakar duit syiling.
[Tak boleh guna petua ni sebab tak ada duit syiling yang sesuai]

2. Taburkan daun kari dalam rumah.
[Mana nak cari daun kari kat Mesir ni? Tak boleh guna juga petua ni]


3. Guna perangkap serangga.
[Tak rajin nak beli...T_T]

4. Gantung air plastik dalam bekas plastik jernih.
[Hmm...akan dicuba]

5. Letakkan perangkap lalat a.k.a pelekat lalat. Ala...kertas yang ada gam tu~
[Tak pernah jumpa pula dekat Mesir]


6. Rendam bunga cengkih dalam mangkuk atau cawan.
[Petua paling senang]



Blog kedua pula: [klik]

1. Nyalakan lilin.

2. Guna kulit kayu manis.


3. Rendam bunga cengkih.

4. Kibas daun kari pada lalat.

5. Kibas daun belimbing pada lalat.

6. Guna cecair peluntur e.g Clorox.


Petua kat blog ketiga ni pula untuk suka-suka je... :D [klik]

Selepas membuat pertimbangan yang sewajarnya, aku pun buat keputusan untuk guna petua 'bunga cengkih' tu. Aku isi air dalam cawan, letak bunga cengkih...bukan setakat bunga cengkih, bunga lawang pun aku letak sekali disebabkan geram punya pasal.

Ni bunga lawang

Mula-mula lalat-lalat tu buat tak tahu je.
Mulalah timbul perasaan tak puas hati dengan petua ni. Ish, tak berkesan ke?

Dalam 10-15 minit lepas tu, bila bau bunga cengkih tu dah naik, seekor lalat pun tak ada.
[Tipu je..ada la seekor dua, tapi dia tak kacau aku dah sebab aku letak cawan yang ada bunga cengkih tu betul-betul sebelah aku..hohoho]

Alhamdulillah.
Misi menghalau lalat berjaya!!

Satu je masalah dengan petua ni:
Aku yang rasa pening kepala dulu sebelum lalat-lalat tu.
Ni pun tengah pening-pening lalat disebabkan bau bunga cengkih tu.
Adoiyai~

Tapi, memang berkesan la petua ni.
Cuba la...cuba la...selamat mencuba!
p.s: Kredit gambar pada tuan punya gambar dan petua kepada tuan punya petua.

Pengajaran: Kita kena banyak bersabar~

Bye!
Share: