Monday, October 1, 2012

Cara Memohon Visa Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم

NOTA PENULIS:
Entri ini ditulis pada tahun 2012.
Kemungkinan besar ada maklumat yang tidak relevan pada masa kini.
Hubungi kedutaan Mesir di Malaysia secara terus untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.
 
-------------------------------------------------------

Entri kali ni khas untuk sesiapa yang nak mohon visa ke Mesir.
Aku mendapat inspirasi untuk tulis pasal ni pun berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Dah ada pengalaman baru boleh cerita...ye idak? ^^

Jenis Visa: VISA PELANCONG
Tempoh sah: 3 BULAN
Khas untuk:
- Pelancong
- Pelajar yang baru pertama kali nak ke Mesir

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

1. Passport.

2. 1 salinan passport

3. 1 keping gambar berwarna (latar belakang warna PUTIH) bersaiz 4 X 6 cm
- ni saiz yang biasa digunakan kalau nak buat visa umrah.

4. Duit RM 67.
- mesti cukup-cukup untuk memudahkan urusan

UPDATED:
Bayaran ni mungkin berubah ikut keadaan.
Baru-baru ni (Sep 2013) abang aku buat visa, kena bayar RM107...

Itu je.

* Untuk pelajar yang sudah pun memulakan pengajian di Mesir, eloklah disertakan sekali
1 salinan tasdiq kuliah (bukti korang belajar di Mesir). Takde tasdiq pon takpe.
InsyaAllah lepas je nak buat visa.

Masa aku gi buat visa tu,  bukan setakat tasdiq kuliah, salinan kad pelajar pun aku bagi.
Senang kerja.
Well, better prepare than sorry.

PROSES PERMOHONAN pula camni:

1. Pergi ke kedutaan Mesir.

Tahu ke tidak alamatnya di mana? Takpe.... Biar aku bagitahu...

No. 12, Jalan Ru, Persiaran Ampang Hilir,
550000 Kuala Lumpur.

Kalau korang pergi naik teksi, cakap je : "Kedutaan Mesir kat Ampang".
InsyaAllah pakcik teksi tu tahu.

2. Minta borang kat kaunter kedutaan.

Korang jangan la bayangkan kaunter tu macam kaunter kat Pejabat Pendaftaran Negara... Kaunter tu sama macam pos pengawal je.  Betul-betul kat sebelah pintu pagar kedutaan.

Ada 2 orang yang jaga kat situ:

- Seorang pakcik berbangsa Melayu (Nama pak cik tu Rahman)
- Seorang pegawai wanita Arab

JADI, korang boleh guna :
  • bahasa Inggeris, "I want a form for visa application.",
  • bahasa Arab, " 'Aiz/'Aizah iqamah.",
  • atau pun bahasa Melayu, "Pak cik, saya nak borang untuk visa."

No problemo. TAPI! Ha...ada tapinya...
- Guna bahasa Inggeris atau bahasa Arab dengan mak cik Arab yang jaga kaunter tu
- Guna bahasa Melayu dengan pak cik Rahman tu

3. Lengkapkan borang dan kepilkan dokumen-dokumen tu.
- Pandai-pandailah korang isi ye...

4. Tampal satu kertas yang tertulis:

- Nama
- No passport
- No telefon

 di kulit depan passport korang macam contoh kat bawah ni:



5. Tulis nama atas resit yang disediakan.

Tulis nama dan no passport korang atas resit camni...

6. Buat bayaran dan bolehlah korang pergi dari situ. ^_^

PENTING:

* Visa biasanya siap dalam tempoh 4-5 HARI.

p/s: kalau korang ada sebab yang munasabah dan nak cepat dapatkan visa tu, silalah tanya sebarang kemusykilan kat pegawai tu.

* Harap BERSABAR sebab sistem pengurusan kat situ tak seperti yang korang harapkan.

* Waktu bekerja : 10 A.M - 12 P.M (ISNIN - JUMAAT)

* Jangan lupa bawa resit masa nak ambil semula passport nanti. :)

* Situasi di kaunter tu sebijik macam kat Mesir. Kalau nak rasa sistem pengurusan Mesir, silalah melawat kedutaan Mesir.

Sekian.

[Dunia berubah mengikut peredaran masa, jadi, kalau ada perubahan pasal prosedur ke, dokumen, tempat atau bayaran minta maaf yep. Sentiasa bersedia untuk sebarang perubahan! ^_^]

Jika anda pelajar yang pertama kali datang ke Mesir, bolehlah baca entri ni pula.
Cara Memperbaharui Visa Mesir

UPDATE:
Laman web lain berkenaan Kedutaan Mesir dan Visa ke Mesir:

1. Kedutaan Mesir

2. Visa ke Mesir
Share: