Tuesday, December 18, 2012

Hulagu Khan - Khabar Hitam dari Timur.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sumber: Hulagu Khan - Khabar Hitam dari Timur
Karya: Abdul Latip Talib.
Olahan: N.H.S



Korang kenal ke dengan Hulagu Khan?
Hulagu Khan adalah cucu kepada Genghis Khan.
Cita dia dari kecik nak jadi penakluk dunia macam atuk dia.

Semuanya gara-gara si ibu yang bernama Sorhgaghtani Beki.
Ibunya selalu menceritakan kisah kehebatan datuk Hulagu Khan pada dia.

Kata-kata Genghis Khan yang menjadi inspirasi Hulagu Khan untuk menjadi seorang penakluk:

"Yang paling nikmat dalam hidup aku adalah apabila dapat mengalahkan musuh, kemudian memancung leher mereka serta merampas barang-barang berharga milik mereka dan mendengar tangisan orang yang mencintai mereka"

Kejam gila manusia yang bernama Genghis Khan ni....

Lepas Hulagu Khan kematian ayahnya, Tolui yang dibunuh tentera Bani Abbasiyyah dalam satu pertembungan yang tidak disengajakan, Hulagu Khan pergi ke Lurs, yang terletak di utara Parsi.
Tujuan utamanya adalah untuk menakluk kembali Lurs yang pernah berada di bawah pemerintahan tentera Monggol.

Penguasa Lurs, meminta bantuan daripada kerajaan Bani Abbasiyah di Baghdad dan kerajaan Mesir untuk menghadapi bala tentera Monggol yang berjumlah 200 ribu orang tu.

Malangnya, jawapan yang diterima daripada kedua-dua pihak amatlah mengecewakan.
Akhirnya, kesemua tentera Lurs yang berjumlah 50 ribu orang dibunuh.

Tentera Monggol mengganas di Lurs selama 3 hari 3 malam.
Ramai penduduk dibunuh dan wanita-wanita diperkosa.
Tercapailah hasrat Hulagu Khan untuk menakluk Lurs.

Nak tau tak?
Lurs pada masa itu dihuni oleh kaum muslimin.
Begitu juga kerajaan Bani Abbasiyah dan kerajaan Mesir.
Kedua-duanya merupakan kerajaan Islam.

Langsung tiada tindakan yang diambil ketika saudara seagama di Lurs meminta bantuan.
Ye...memang telah tercatat dalam buku-buku sejarah tentang kelemahan umat Islam pada masa itu.

Khalifah Al Musta'sim Billah, pemimpin kerajaan Bani Abbasiyah pada ketika itu memang terkenal sebagai seorang yang lemah.
Sebab tu lah musuh berani menyerang.

Seperti yang kita pelajari dalam Sejarah Tingkatan 4 zaman sekolah dulu,
kerajaan Bani Abbasiyah tewas kepada tentera Monggol dengan izin Allah.

Tamatlah kegemilangan sebuah pemerintahan Islam.
Hilanglah sudah karya-karya dan permata-permata ilmu yang dulunya menjadi kebanggaan ummah.

Para ulama dan cendekiawan dibunuh dan kitab-kitab berharga dibakar dan dihumbankan ke dalam sungai.
Banyaknya kitab-kitab yang dihapuskan tentera Monggol menyebabkan air Sungai Dajlah menjadi hitam disebabkan dakwat pena.
Dakwat pena yang dahulunya menjadi rujukan dan harta bernilai bagi umat Islam khususnya.

Apa bezanya situasi kita sekarang dengan situasi mereka pada zaman dahulu?
Kita juga masih menjadi pemerhati sedangkan kita sedar saudara seagama kita di Palestin dan Syria sedang dibunuh.

Renung-renungkan.

Sekian.

Malaysia - 1:27 am (GMT +8)
Mesir - 7:27 pm (GMT +2)
Share:

Sunday, December 2, 2012

Cara Memperbaharui Visa Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم

[Updated] Klik untuk ke entri: Cara Memperbaharui Visa Mesir Edisi Kemas kini

Entri ni sebenarnya kesinambungan untuk entri Cara Memohon Visa Mesir.
Dalam entri lepas, visa yang korang mohon tu untuk 3 bulan je...

Jadi, bila visa 3 bulan tu dah tamat, mesti korang tertanya-tanya nak buat camne kan...?
Terutamanya pelajar yang baru datang ke Mesir.

Takpe...takpe....takpe...
Sila baca entri ni sampai habis untuk tahu CARA-CARA MEMPERBAHARUI VISA MESIR.

*Cara-cara ni mungkin lebih sesuai untuk PELAJAR yang belajar di Mesir.
Ni untuk muhafazah TANTA. Muhafazah Kaherah, Mansoura, Iskamdariah dan lain-lain mungkin ada perbezaan.
Kalau untuk pekerja mungkin ada tambahan dokumen, tapi, aku tak tahu sebab aku bukan pekerja..Hee~

*Edited: Bayaran dan dokumen yang diperlukan juga bergantung pada kursus yang diambil. Cam aku, pelajar jurusan Sains Kesihatan (Medik/Pergigian/Farmasi) bayaran mahal sikit la berbanding pelajar jurusan Syariah, Usuluddin, etc. etc.

PENTING!
1*
Tempoh diberi untuk perbaharui visa adalah selama 2 MINGGU selepas tarikh tamat visa

Contoh:
Tarikh tamat visa Abu pada 3 Disember 2012
Jadi, Abu ada masa sehingga 17 Disember 2012 untk perbaharui visa dia.

Jika dalam tempoh tu Abu tak perbaharui visa, dia akan dikenakan denda.
Bayaran denda sebanyak 150 LE.
*Abu dikira sangat bertuah jika tidak dikenakan denda (Di Mesir, macam-macam kemungkinan ada...)

2*
Kalau ada sebab-sebab munasabah yang menyebabkan urusan perbaharui visa tertangguh, Abu boleh
mohon "SURAT PENGAMPUNAN" daripada Kedutaan Malaysia di Kaherah.
Selalunya, masalah kitorang, universiti lambat bagi tasdiq kuliah.

Tasdiq kuliah akan dikeluarkan tiap-tiap tahun oleh pihak universiti.
Takde tasdiq, tak boleh buat visa.

Paham-paham je la kalau dah berurusan dengan Arab...
Bukra...bukra... sampai 1 bulan pun bukra juga...*haish*

3*
Tempoh siap visa: Visa siap pada hari yang sama. Aku pernah pergi awal pagi untuk buat visa.
Kaunter buka je, isi borang bagai....dalam 2 jam lepas tu siap. Kejap je...

4*
Korang takyah risau sangat pun sebab, selalunya ada je senior korang yang baik hati akan tolong uruskan korang.

Aku sayang sangat senior-senior Tanta....
Masih kuingat saat mereka bersusah payah uruskan kami dulu...^^

Habis intro, masuk bab visa.

Jenis Visa: VISA PELAJAR
Tempoh sah: 1 TAHUN

DOKUMEN-DOKUMEN yang diperlukan:

1. Passport

2. Salinan passport
- yang ada data peribadi + gambar korang tu...

3. Gambar
- saiz gambar = saiz gambar passport

4. Salinan visa
- Visa terakhir yang korang buat.
- Visa pelancong yang 3 bulan korang buat kat Malaysia tu / Student visa yang dibuat di Mesir

5. Salinan cop masuk ke Mesir (cop kastam)
- masa korang nak masuk Mesir, kastam akan cop "ARRIVAL DATE" kat passport korang.
- Fotostat la cop tu ye.

6. Tasdiq kuliah yang ASLI
- Tasdiq ni adalah kenyataan daripada pihak universiti menandakan korang ni belajar di universiti tersebut pada tahun sekian...sekian... faham?



7. Fulus a.k.a duit
- 92.25 LE
Sila bayar dengan jumlah yang cukup-cukup je untuk memudahkan urusan

Edited: Bayaran visa LE 92.50 pada tahun 2014



Dah cukup dokumen?
Jom buat visa...!

PROSES PERMOHONAN

1. Isi borang
- visa dalam bahasa Arab dipanggil إقامة [i-qa-mah]. Nak minta borang tu, cakap je iqamah.
Faham la arab tu nanti. Tapi, yang sebetulnya, borang dalam bahasa Arab = استمارة [is-ti-ma-rah]
- Isi la apa yang patut...



2. Hantar borang berserta dokumen-dokumen (kecuali duit)

3. Tunggu sat....

4. Bila 3mmu @ makcik @ kakak @ abang yang jaga kaunter tu panggil nama korang,
pi la ke kaunter tersebut.

5. Serahkan bayaran visa

6. Tunggu sat lagi...

7. Ambil semula passport korang.

8. Siap...! Alhamdulillah~

Kalau takde masalah pape, gitulah cara buat visa kat Mesir ni.
Sebelum buat visa tu, mohonlah Allah permudahkan urusan.
Itu je la...

Sekian.

Adios~
Share: