بسم الله الرحمن الرحيم
NOTA PENULIS:
Entri ini ditulis pada tahun 2012.
Kemungkinan besar ada maklumat yang tidak relevan pada masa kini.
Hubungi kedutaan Mesir di Malaysia secara terus untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.
-------------------------------------------------------
Entri kali ni khas untuk sesiapa yang nak mohon visa ke Mesir.
Aku mendapat inspirasi untuk tulis pasal ni pun berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Dah ada pengalaman baru boleh cerita...ye idak? ^^
Jenis Visa: VISA PELANCONG
Tempoh sah: 3 BULAN
Khas untuk:
- Pelancong
- Pelajar yang baru pertama kali nak ke Mesir
Jenis Visa: VISA PELANCONG
Tempoh sah: 3 BULAN
Khas untuk:
- Pelancong
- Pelajar yang baru pertama kali nak ke Mesir
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
1. Passport.
3. 1 keping gambar berwarna (latar belakang warna PUTIH) bersaiz 4 X 6 cm
- ni saiz yang biasa digunakan kalau nak buat visa umrah.
4. Duit RM 67.
- mesti cukup-cukup untuk memudahkan urusan
UPDATED:
Bayaran ni mungkin berubah ikut keadaan.
Baru-baru ni (Sep 2013) abang aku buat visa, kena bayar RM107...
Itu je.
* Untuk pelajar yang sudah pun memulakan pengajian di Mesir, eloklah disertakan sekali
1 salinan tasdiq kuliah (bukti korang belajar di Mesir). Takde tasdiq pon takpe.
InsyaAllah lepas je nak buat visa.
InsyaAllah lepas je nak buat visa.
Masa aku gi buat visa tu, bukan setakat tasdiq kuliah, salinan kad pelajar pun aku bagi.
Senang kerja.
Senang kerja.
Well, better prepare than sorry.
PROSES PERMOHONAN pula camni:
1. Pergi ke kedutaan Mesir.
Tahu ke tidak alamatnya di mana? Takpe.... Biar aku bagitahu...
No. 12, Jalan Ru, Persiaran Ampang Hilir,
550000 Kuala Lumpur.
Kalau korang pergi naik teksi, cakap je : "Kedutaan Mesir kat Ampang".
InsyaAllah pakcik teksi tu tahu.
2. Minta borang kat kaunter kedutaan.
Korang jangan la bayangkan kaunter tu macam kaunter kat Pejabat Pendaftaran Negara... Kaunter tu sama macam pos pengawal je. Betul-betul kat sebelah pintu pagar kedutaan.
Ada 2 orang yang jaga kat situ:
- Seorang pakcik berbangsa Melayu (Nama pak cik tu Rahman)
- Seorang pegawai wanita Arab
JADI, korang boleh guna :
- bahasa Inggeris, "I want a form for visa application.",
- bahasa Arab, " 'Aiz/'Aizah iqamah.",
- atau pun bahasa Melayu, "Pak cik, saya nak borang untuk visa."
No problemo. TAPI! Ha...ada tapinya...
- Guna bahasa Inggeris atau bahasa Arab dengan mak cik Arab yang jaga kaunter tu
- Guna bahasa Melayu dengan pak cik Rahman tu
3. Lengkapkan borang dan kepilkan dokumen-dokumen tu.
- Pandai-pandailah korang isi ye...
4. Tampal satu kertas yang tertulis:
- Nama
- No passport
- No telefon
di kulit depan passport korang macam contoh kat bawah ni:
5. Tulis nama atas resit yang disediakan.
Tulis nama dan no passport korang atas resit camni... |
6. Buat bayaran dan bolehlah korang pergi dari situ. ^_^
PENTING:
* Visa biasanya siap dalam tempoh 4-5 HARI.
p/s: kalau korang ada sebab yang munasabah dan nak cepat dapatkan visa tu, silalah tanya sebarang kemusykilan kat pegawai tu.
* Harap BERSABAR sebab sistem pengurusan kat situ tak seperti yang korang harapkan.
* Waktu bekerja : 10 A.M - 12 P.M (ISNIN - JUMAAT)
* Jangan lupa bawa resit masa nak ambil semula passport nanti. :)
* Situasi di kaunter tu sebijik macam kat Mesir. Kalau nak rasa sistem pengurusan Mesir, silalah melawat kedutaan Mesir.
Sekian.
[Dunia berubah mengikut peredaran masa, jadi, kalau ada perubahan pasal prosedur ke, dokumen, tempat atau bayaran minta maaf yep. Sentiasa bersedia untuk sebarang perubahan! ^_^]
Jika anda pelajar yang pertama kali datang ke Mesir, bolehlah baca entri ni pula.
Cara Memperbaharui Visa Mesir
UPDATE:
Laman web lain berkenaan Kedutaan Mesir dan Visa ke Mesir:
1. Kedutaan Mesir
2. Visa ke Mesir
85 comments:
terima kasih kerana share- brapa lama dia kasi melawat kesana? ini adalah social visit ke egypt. 1 bulan ker?
--> wani: visa pelancong 3 bulan je...
Assalamualaikum.
Saya ingin ke Mesir untuk belajar bahasa Arab. Nanti kalau selepas 3 bulan, nak sambung lagi, boleh buat di Mesir?
Terima kasih.
Waalaikumussalam.
Yup. Lepas tamat visa 3 bulan tu, boleh je sambung kat sini untuk tempoh setahun. InsyaAllah saya akan buat entri pasal visa kat mesir pula nanti. :-)
Terima kasih, doc.
Ada cadangan penerbangan yang selesa namun tak terlalu mahal?
Terima kasih sekali lagi.
Flight? Saya tak tau sangat sebab baru sekali je beli tiket flight. Selalunya kitorang kat sini beli tiket 2 hala. Pergi-balik.
Berdasarkan pengalaman kengkawan lain, etihad airways, egyptair, oman air ok je... Kena survey dulu la tiket sebab harga tiket sekarang tak menentu...
Terima kasih :)
p/s: Kalau beminat nak sertai bengkel penulisan dan terjemahan, maklumkan.
Sama-sama~
Salam.
Visa Mesir tak boleh apply online ke?
Boleh tak tolong balas ke email ni:
livestrong0908@yahoo.com
salam. boleh buatkan visa untuk orang lain ke?
Anonymous yang ke2: boleh je... Sebab saya pernah nampak ada ustaz buatkan visa untuk anak dan isteri dia...
nak tanye..kalau org lain tolong ambilkan visa bila dah siap boleh? and bolehkan klau ambil lewat sikit?
Adib: saya tak pasti sebab nanti masa ambil semula passport tu kena tandatangan... pasal ambil lewat tu pun saya tak tau...
kalau org lain boleh buatkan visa utk org lain...takpe kut eh? dia la yg tlg signkan...janji ad resit...tak mcm tu??
Adib: hmmm...kalau ikut logik boleh diterima teori tu... InsyaAllah boleh je... :-)
papepown...trime kasih bnyk2
Sama-sama.,
salam if datang ke mesir selama 3 minggu pun kena buat visa pelancong ea.
Waalaikumussalam. Visa on arrival tempohnya 2 minggu je. Jadi, lebih baik buat visa pelancong terus...
Kalau lepasan STAM MAHU KE AL AZHAR bagaimana?
Maaf, saya tak tahu prosedur yang sebetulnya untuk ke Al-Azhar.
http://putericahayapermata.blogspot.com/2011/04/perihal-visa.html sahih ke cite ni?.. buat visa kt mesir lg murah dari buat kt mesia?...
To Anonymous.
Pasal visa Malaysia tak laku kat Mesir tu tak betul. Sebab lepas rusuhan dulu, housemate saya buat visa kat Malaysia. Dan visa diorang diterima sampai la tamat tempoh 3 bulan.
Takde kena denda ke kena marah ke...
Tentang bayaran pula camni. Untuk pelajar Sains Kesihatan macam saya, kami kena bayar 92.25 LE. Lebih kurang RM 41. Untuk pelajar pengajian Islam, Syariah, Usuluddin etc. pula, bayaran untuk mereka lebih murah. (Tak ingat la berapa genih..)
Salam. Ambil visa pelancong ni kene ada ticket return sekali ke ?
Salam. Ambil visa pelancong ni kene ada ticket return sekali ke ?
Anonymous: Waalaikumussalam. Tak perlu pun tunjuk tiket..
kalau online x boleh eh?
Anonymous: tak boleh buat online...
salam , sy nk tanya..visa tu blh ke nk wat visa pelajar yg mcm dkt mesir ( valid setahun ) dkt kedutaan mesir ni malaysia ni ??
sbb aritu sy hilang passport dkt mesir..jdi , skrg da wat passport bru dkt malaysia..cuma tgh pening psl nk buat visa...mohon penjelasan
Muiz90:
waalaikumussalam, ni saya jawab berdasarkan pengalaman kawan saya ea. Dia pun hilang passport gak dulu.
Lepas renew passport, dia tak buat pun visa.
Masuk Mesir guna cop visa yang tempoh 2 minggu tu.
Lepas tu, dia nak buat visa pelajar yang valid setahun tu. Dia buat lepas tempoh sah visa kat passport lama dia tamat. kena tunjuk salinan visa kat passport lama je la.
Jadi, pastikan ada SALINAN VISA PASSPORT LAMA pun dah ok. InsyaAllah.
Kalau takde salinan tu dalam simpanan, minta je kat persatuan pelajar. Salinan visa ni selalunya persatuan pelajar ada je simpan. (at least PERUBATAN tanta ada simpan. :) )
slm saudara/i skalian...nk tnye...kdutaan mesir yg sbtul nye mmg dkat No. 12, Jalan Ru, Persiaran Ampang Hilir,
Kuala Lumpur ni k...klu tgk google maps ade 1 lg dkt 28, Lingkungan U Thant Off Jalan U Thant, 55000, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, 55000 .. yg mne satu yg btul utk renew visa...
salam, saya nak tnya, blh x nak buat student visa terus dkt kedutaan mesir? prosedur dia sama je ke?
Salam.saya nak tanya.kalau xde salinan tasdiq kuliah, blh k kalau skadar bg salinan kad pelajar?
Terima kasih
--> KeyMe Zero,
Maaf lewat reply, saya renew visa dekat persiaran ampang hilir tu..
--> Anon 1,
saya tak pasti sama ada boleh buat student visa atau tak. Cuba la tanya kalau2 boleh.. :)
--> Anon 2,
Maaf, saya tak pasti. Cuba je buat dulu.. :)
Boleh ke buat visa mesir selain dari jln ampang tu?
Anon: Saye pasti, kat situ je kedutaan Mesir kat Malaysia..
Slm. Applu visa tak perlu gambar eh?
Skrg (okt 2013) masih valid tak visa on arrival 2 wks tu? Dgr2 kna siap2 wat visa kat mesia. Yeke?
--> Nur,
Waalaikumussalam.
1. Apply visa mesti ada gambar,
2. insyaAllah VOA tu masih valid. Kawan saye baru je balik semalam, visa dia pon dah mati. Alhamdulillah lepas je.. :D
# setakat ni, Qatar Airways yang tak bagi pelajar lepas kalau visa dah mati. Jadi, dinasihatkan untuk bawa NOC, kad pelajar universit, atau kad pelajar EME sebagai bukti kite belajar di mesir. InsyaAllah, mohon pada Allah supaya dipermudahkan urusan... :)
Ada lg soalan.. Kedutaan buka 10pagi smpai 12tghari je? Ke 12malam tu
Anon: kedutaan bukak pukul 10 pagi sampai 12 tengah hari je..
Saya baru call Egypt Embassy berkenaan VOA. Dapat confirmation yang VOA (percuma) masih digunapakai bagi pelancung dari Msia yang tinggal kurang dari 14 hari. Going to Egypt end of Nov...
Shid: memang pun VOA masih valid.. Untuk pelajar pun VOA valid je.. cuma ada sesetengah kes (untuk pelajar) kalau visa dah expired, syarikat penerbanagn tak bagi lepas (spesifiknya Qatar Airways). tapi, tak banyak mana pun kes tu..
Salam. Kalo pergi sekadar 2mggu, perlu tak utk sy apply visa?
Syukran
Shah Redza Rosli: Waalaikumussalam. Kalau 2 minggu tak perlu la apply visa. Mesir bagi VOA 2 minggu. Allahu musta'an. :)
salam..nk tanya visa ni utk ke mesir sje ke?kalau ke madinah bole x kt situ jgk?
Waalaikumussalam.. visa ni untuk ke mesir je.. untuk ke madinah, mohon kat kedutaan arab saudi..
Nak buat visa kena bawak surat tawaran kew x?
--> ibnu jabbal, tak perlu bawa surat tawaran pon~
Dr Am,
Saya cadang melawat Mesir dahulu sebelum perjalanan ke Sepanyol. Saya akan kembali ke Mesir pula beberapa hari sebelum kembali ke Malaysia. Perlukah dan boleh kah saya mohon visa Mesir untuk multi entry bagi maksud perjalanan saya ini.
Salam Halim
Halim:
Saya tak tahu.. saya bukannya betul-betul arif pasal visa. Jadi, lebih baik awak rujuk pada embassy. Maaf tak dapat membantu.
Salam. Kalau pergi mesir perlu ke ade tiket 2 hala. Kerana sy ada kwn ingin melawat di Mesir tp tdak pasti lagi bila utk kembali smula secepat mngkin. Sbb sesetengah negara akn check kalau ada tika pergi balik. Klu x akn ade masalah di airport..
Salam. Mcm mne klo sy nk ke mesir utk tempoh setahun. Bkn utk belajar. Tp ikot suami ke sane. Kne bt visa dkt kedutaan jgk ke?
Assalamu'alaikum dr Am...kalau saya ingin berkahwin dengan warga Mesir, visa apa yang perlu di pohon !! Kena visa yang 3 bulan jugak ke ?
Anon, 22 January - nak masuk mesir memang kena buat visa. Kalau tak buat dekat kedutaan pun, masa arrival akan dapat VOA untuk tempoh 2 minggu.
Lepas tu, kena la buat visa dekat pejabat visa kat mesir nanti. (kitorang panggil pejabat tu "gawazat - جوازات". Nanti. masa isi borang tu, akan ada ruang untuk tulis sebab kita masuk mesir.
Bayaran untuk visa selain daripada visa pelajar saya tak tahu la pula.
Anon 27 January: Waalaikumussalam. Visa 3 bulan tu visa pelancong. Setakat ni, Mesir masih lagi keluarkan VOA untuk tempoh 2 minggu. Jadi, permohonan untuk visa menetap di Mesir boleh je buat dekat Mesir nanti.
assalamualaikum dr am. VOA tu kite isi ms smpai di sana la kan?
Waalaikumussalam umio. Yup, nanti masa kat airport kite kena isi satu kad ketibaan. Basic info je.. nama, no passport, kewarganegaraan, tempat lahir, tujuan masuk..itu je.. pastu, lepas lalu imigresen, dapat cop masuk, tu kira VOA la. InsyaAllah itu je.
salam, kalau saya dari morocco kena buat visa jugak ke? ke memadai dgn surat pelepasan visa yg ada di kedutaan? saya akan duduk dlm lebih kurang 2bulan kat mesir. terimakasih.
salam, post ni 2 tahun lepas, tapi saya harap, persoalan saya dpt dilayan,
nak tanya: klu isteri nk teman suami blajar mesir, kne wat visa cmne eh.. kepilkan surat kawen ke?
+hyb sane:
waalaikumussalam. minta maaf, saya tak tahu la pula macam mana proses dari morocco. minta mmaf, tak dapat bantu.
+Saya Sarah:
waalaikumussalam, insyaAllah nanti saya tanyakan soalan tu kat orang yang lebih tahu ye. :)
+Saya Sarah:
Kalau tak silap saya (mohon maaf kalau silap), visa di kedutaan Mesir di Malaysia tu tempoh dia 3 bulan je (visa pelancong). Dokumen2 untuk permohonan macam yang saya cerita kat dalam post ni.
Bila dah sampai Mesir, baru la boleh extend visa.
Visa yang akak (sukati je panggil akak, sekali lagi muda.. :) ) nak buat tu nama dia visa tabi' (visa pengikut). Masa apply (dekat pejabat visa di mesir) guna tasdiq kuliah suami akak
tasdiq kuliah: kenyataan daripada universiti yang mengatakan pelajar tu belajar di U tu suami akak.
Bolehla kepilkan surat kahwin sekali. Saya rasa, nanti akak kena buat terjemahan surat kahwin kat Mesir (boleh buat kat kedutaan Malaysia) Sebab kat sini, semua urusan memang dalam bahasa Arab. Tempoh dan harga sama je.
[Sumber daripada kakak yang datang sini sebab ikut suami belajar] ^_^
Kesimpulan, visa yang akak mohon kat KL tu sama je prosedur untuk mohon visa pelancong. Visa yang akak nak renew nanti baru la ada dokumen2 tambahan.
Saya minta maaf awal-awal kalau ada salah info yep.
Salam . Btul ke office tu bukak 2 jam je ? nape dlm website ckp smpai 4.30 ptg ? confirmation plisss
Waalaikumussalam, Syazana.
Tu cerita 2 tahun lepas. Jad, tak mustahillah kalau ada perubahan. Saya pon dah check kat website ni: http://www.embassypages.com/missions/embassy8640/ Ikut website tu, kedutaan buka sampai pukul 3.
Salam. nak tanya....saya dah beli tiket qatar airways.
plannya nak stay 30 hari kat sana..
ingat nak guna VOA tu sebab embassy mesir tu kat kl...saya kt sarawak.
soalannya..
saya plan nk guna VOA pastu extend visa kt sana. agak2 qatar airways tu bagi lepas tak kat klia nanti? sebab saudi arabia tak bagi. adoiyaii..
masalah yang saudi tu cakap, visa permitted hanya 14 hari..tp return tiket 30 hari...takut dia decline kt klia nnt...
aduhaii....
agak2 camna? kalau tau sapa2 travel agent yg boleh tlg urus visa kt kl tu mnta info ye...
Rephoon: Sekarang ni keadaan mesir memang tak stabil, jadi, memang tak boleh nak expect apa-apa. Saya nasihatkan buat je visadari malaysia.
Saya tak tau la qatar bagi lepas atau tak penumpang yang takde visa. Bergantung pada syarikat penerbangan tu.
Pasal travel ejen tu saya tak boleh nak tolong sebab saya tak kenal ngan mana-mana travel agentpun. Minta maaf. :)
Bismillah, assalamualaikum dr..,
Ana ada msalah nk renew visa pelancong yg mna visa ana dh mati blan 2 hritu, ana d cni blajar d markaz nile, seorg knalan ana ktanya dsbbkn lma sgt visa tu mati, so ana x bleh renew visa d mesir mkna kata kna renew d luar drpd mesir..
Jadi ana amik kputusan utk kirim passport ana ke malaysia mlalui kwan ana yg nk blik mnggu dpan utk renew d malaysia... Jdi pda pndapat dr, bleh x ana brbuat bgitu dan adakh ana boleh kirim passport ke malaysia cmtu..
Smmgnya ada juragan d asyir ttpi trlalu mahal dan ana x mmpu...
Ataupon mgkin ada cdangan lain..?
Assalamualaikum, saya nak tnya, tempoh visa pelajar maksimum berapa lama eh?
Anonymous: ustaz, ikut kata kawan saya, boleh je kirim passport untuk buat visa tu. Sebab, masa dia nak pi umrah dulu, kirim passport juga untuk urusan visa. Cuma, kena lebih berhati-hati la masa ustaz tinggal kat mesir sebab ustaz takde passport kat tangan..semoga Allah mudahkan urusan~
+AmirSyahied Rasdi : waalaikumussalam, visa pelajar maksimum 1 tahun. Visa ni mohon kat imigresen di Mesir.
salam... nak yanye.. kalo emak & ayah saya nk buat visa sebab nk pegi konvo adik saya nak kepilkn dokumen ape lagi ye
+along : waalaikumussalam. Kalau ikutkan notis yang ditampal di kedutaan Mesir tu cuma dokumen asas yang diperlukan, macam yang tertera dalam entri ni.. Tapi, boleh la sertakan salinan tiket kalau diminta.
Salam.. Nak Tanya kalau kita nak apply visa me KSA macamana ya? Suami saya bekerja di Saudi Arabia.
+Anonymous
Waalaikumussalam. Kalau nak ke Arab Saudi, kene pergi kedutaan Arab Saudi. Prosedurnya saya tak tahu, sebab saya tak pernah pergi sana. Minta maaf.
salam dr. klau nk g mesir julai ni, boleh tak nk buat visa dr bulan april? kak ana cakap, wktu dia masuk sana kena tunjuk kad pelajar. tp, ana baru nk g daftar bulan julain ni in shaa ALLAH. mknanya, perlu jugak la buat visa disini ab tkda kad pelajar?
+J a i s y _ M
Waalaikumussalam. Baru-baru ni ade berita kate Mesir dah x bagi visa on arrival untuk foreigner.
Saya rasa eloklah buat visa pelancong kat Malaysia tu. Tempoh sah visa pelancong tu 3 bulan. Kalau awak buat masa bulan April, nanti dah tamat tempoh visa tu.
salam..mesir masih bagi lagi k VOA? n maklumat2 diatas masih valid lagi kan?
+Zahid Telur: Waalaikumussalam.. setakat ni Mesir bagi lagi VOA. Maklumat2 kat atas InsyaAllah masih valid.
Assalamualaikum.. Dr.. Sya nk mlawat kakak sya kat sne utk dlm mse 4 bulan bleh ke sya apply visa even umor sya 16
+Wan Akmal
Waalaikumussalam. Boleh je apply visa. Takde masalah.
Assalamualaikum. Im 15. And , sya berniat nak sambung ke maahad buuth pda disember 2016. So , apa yang saya perlu buat dulu ? Say peningg.
+Anis Afifah.
Kalau pasal maahad buuth memang saya tak tahu prosesnya macam mana. Tapi adik boleh tanya ustaz ni:
FB: Ibnu Yusuf (https://www.facebook.com/ibnu.yusuf.50)
Ni no wassup +201115044034
Call +201013067820
Ustaz ni uruskan pasal visa dan pendaftaran untuk maahad buuth. Apa-apa soalan boleh la tanya beliau. :)
Alhamdulillah. Thank you.
Post a Comment