Monday, May 6, 2013

Cerita pakcik kedai cermin mata.

بسم الله الرحمن الرحيم

AMARAN:
Entri ni sangat panjang. Kalau sanggup, sila teruskan baca. Tak sanggup tak apa.
Terima kasih kerana melawat blog N.H.S ^_^

Bulan April pergi, bulan Mei pula memunculkan diri.
Tinggal kurang daripada 20 hari lagi peperiksaan akhir tahun pula tiba.
Takpe, sempat lagi nak study, insyaAllah.

Bulan lepas, aku pergi kedai cermin mata sebab nak beli shade a.k.a cermin mata gelap.
Ini semua gara-gara ketibaan musim panas yang seakan memberi kejutan kepada mata anugerah Allah ni.
Pendek kata, terik sungguh la matahari musim panas kat Mesir ni!

Dipendekkan cerita, aku dan Hanis dipertemukan Allah dengan seorang pekedai cermin mata yang ramah.
Mr. Mohamad namanya.
Pakcik ni sangat ramah dan banyak cakap.
Skill bahasa Inggeris dia pun jauh lebih baik daripada doktor kat fakulti aku.
Selalunya orang Mesir yang hebat berbahasa Inggeris ni pernah belajar atau bekerja di negara luar.
Jadi, aku pun tanya la, dia pernah belajar kat mana...?

A simple question and I expected a simple answer from him.
Instead of giving a plain answer, he told us about his life stories.

Starting from his childhood until he opened his own optical store.
Ok...Tarik nafas semua....
Bersedialah untuk membaca satu kisah yang panjang.

Pakcik tu kata, zaman kanak-kanak dia dihabiskan di Arab Saudi.
Ayah pakcik tu tak benarkan dia menonton drama Arab Mesir kat televisyen sebab drama-drama tu semua langsung tak menunjukkan teladan yang baik.
Ayah dia suruh tengok cerita mat saleh je.
Jadi, dari situ, pakcik tu belajar bahasa Inggeris.

Zaman universiti dia pula, dia ambil kursus kedoktoran.
Yup, pekerjaan paling popular dalam dunia: DOKTOR.
Setelah beberapa tahun digagalkan, pakcik tu quit from medical studies.
Here comes the interesting part.. hehehehe

Pakcik tu bukannya gagal sebab dia tak cerdik.
Tapi, dia DIGAGALKAN.
Digagalkan oleh doktor Farmakologinya.
Dia pun tak tau apa salah dia sampai doktor tu tak nak bagi dia lulus.

Menurut pakcik tu lagi, profesyen kedoktoran di negara Mesir adalah satu profesyen yang diwarisi.
Maksudnya, andai Ahmad seorang doktor, pekerjaan tu akan diwariskan sehingga ke anak cucu cicitnya.
Anak-anak doktor yang sedang belajar nak jadi doktor ni pula akan mendapat bantuan daripada doktor-doktor kat fakulti.

Kawan pakcik ni anak doktor, dan kawan tu dah dapat JAWAPAN untuk peperiksaan sebelum peperiksaan sebenar dijalankan.
Ni bukan kes soalan bocor, tapi jawapan bocor.
Kawan pakcik tu suruh la dia hafal jawapan tu semua, tapi pakcik tu tak percaya.
Lepas peperiksaan baru la pakcik tu percaya cakap kawan dia.

Peratusan untuk lulus dan grad sebagai seorang doktor untuk pelajar-pelajar Mesir yang lain sebenarnya bergantung kepada tuah (luck).
If you are lucky enough, you'll pass. Something like this la...
Sebabnya, doktor akan luluskan anak-anak doktor dulu, lepas tu diorang akan randomly pick sesiapa yang bertuah untuk diluluskan.

Jadi, setelah beberapa tahun digagalkan, pakcik tu pun buat keputusan untuk tukar kursus.
Katanya, kalau dia tukar universiti sekalipun untuk teruskan pengajian dalam bidang kedoktoran, dia takkan berjaya.
Doktor-doktor kat universiti satu Mesir ni saling mengenali. Jadi, tak mustahil pengaruh doktor Farmakologi pakcik tu akan menyebabkan dia gagal walau di universiti manapun dia berada. Ada faham?

So, in order to run away from the cruelty of those doctors he enrolled in Economic course.
From Medicine to Econs... how rare, we thought.

Kata Mr Mohamad: Professor in Econs don't care about things other than money.
As long as you buy their books, respect them, you're good. - Heh, this time his answer is so simple :)
Tamat belajar, bermulalah alam pekerjaan untuk pakcik Mohamad.

Graduan baru mestilah kerja makan gaji dulu.
Cari pengalaman bagai...
Yang menyedihkan, gaji permulaan kat Mesir ni sangat rendah.
Tak kira la korang kerja computer programmer ke...apa ke... gaji tetap rendah.

Dalam kes pakcik ni, dia cuma dibayar LE100 sebulan (Hanis, kalau salah tolong betulkan...).
Ditambah dengan majikan yang suka menindas, pakcik Mohamad pun berhenti kerja.
Buka kedai cermin mata sendiri. Bebas daripada kekejaman sesiapa pun.
Masuk tahun ni, ni tahun ketiga kedai cermin mata dia beroperasi. (if I'm not mistaken la..)

OK, tarik nafas kejap....lepas....Haa..
sambung cerita..

Ada la sorang kenalan pakcik Mohamad (profesyen: doktor) hilang kereta.
Dia pun jumpa polis untuk buat laporan.
The most shocking answer you wouldn't expected was given by the police:
"WE CANNOT DO ANYTHING."
Like, seriously?? So, what is the purpose of your existence?
Sape tak mengamuk dengar jawapan camtu.

Tapi, kenalan pakcik tu tak berputus asa.
Dia tanya penduduk kat sekitar kawasan tempat kereta dia dicuri ada sesiapa ke yang boleh disyaki.
Pergh, dah macam detektif dah..buat siasatan sendiri.
Daripada siasatan yang dilakukan, dia berjaya dapat nombor telefon pencuri kereta ni.
Kalau korang dapat nombor telefon pencuri barang korang, apa korang nak buat?

Doktor tu pun telefon la pencuri tu.
Telefon untuk suruh pulangkan balik kereta yang dicuri.
Pencuri kereta dengan rasa tak malunya suruh doktor tu bayar kalau nak dapatkan balik kereta.
Alasan dia, upah sebab jumpa kereta doktor tu. (ciskek punya pencuri!)
Aku tak ingat la pencuri tu nak berapa ribu tapi, berpuluh ribu la juga.

Lepas tetapkan tempat perjumpaan, jumlah bayaran semua, doktor tu pergi balai polis.
Polis boleh cakap camni: Awak pergi la jumpa pencuri tu. Bayar je berapa yang dia nak.
Ciskek punya encik polis!
Takde guna la hampa semua jadi polis kalau camni.

Doktor tu pun pergi la sorang-sorang jumpa pencuri tu.
Entah dekat ceruk kampung mana entah markas geng pencuri tu.
Sampai je kat markas pencuri, geng pencuri tu dah siap tunggu sambil pegang pistol.
Eh, perjumpaan tu waktu siang, bukan malam. Selamba sungguh geng pencuri tu tunjuk samseng!

Alhamdulillah, doktor tu tak diapa-apakan, selesai buat bayaran,
dia dapat balik kereta yang dicuri.
Lepas dapat balik kereta dia, doktor tu pergi la balai polis sekali lagi nak bagitau pasal markas pencuri tu.
Polis dengan selambanya kata, "WE CAN'T DO ANYTHING.
Kami tak cukup orang nak lawan dengan geng tu."

Pakcik Mohamad kata, kemungkinan besar polis bekerjasama dengan pencuri, mereka dibayar untuk membutakan mata dan memekakkan telinga atas jenayah yang dilakukan secara terang-terangan.
Lagipun, kesan daripada kejatuhan Hosni Mubarak, gaji polis makin rendah.
Maruah polis pun dah tercela dan rakyat dah tak hormat polis.
Sebab tu polis rasa takde maknanya mereka jalankan tugas untuk lindungi rakyat.

Part paling best bila pakcik Mohamad kata, setiap kali ada orang hilang kereta kat kawasan yang sama macam doktor tu, dia akan bagi nombor telefon si pencuri pada mereka yang kehilangan kereta.
Memang terbaik la doktor tu!

Berbalik pada cerita aku beli shade tadi, Mr Mohamad pesan, kalau nak bersihkan shade, cuci guna sabun cuci pinggan dan lap guna tisu yang dibasahkan sedikit.
Tak perlu guna kain yang dibekalkan bersama shade sebab kain tu boleh menyebabkan calar pada shade.
Kalau shade jenama Rayban takpe sebab they are made from glass.
Orang yang jual cermin mata tak beritahu pasal perkara ni sebab nanti dia rugi.

Ni la shade yang aku beli. :)
We stood and listened diligently to Mr Mohamad's stories for almost an hour.
But, we didn't feel tired as his stories were very interesting.

Itulah cerita pakcik Mohamad, owner Silk Optics.
Cerita yang penuh dengan korupsi, kekejaman, dan sikap mementingkan diri manusia.

#Memang tak semua orang Mesir jahat cam gini. 
#Kebenaran memang selalunya pahit untuk ditelan.

---------------------------------------------

5 MEI 2013.
Kulihat demokrasi LENYAP di tanah airku.
Sungguh aku kecewa.
Air mata menitis tatkala menerima berita itu.
Sedih bercampur marah.

Namun, pelbagai kata-kata hikmah bertebaran di laman sosial,
memujuk hati yang mula lemah.
Aku sedar, perjuangan masih panjang.
Diri ini masih perlu ditarbiyah.
Hati ini perlu dihidupkan dengan nur Islamiyah.

Suatu hari nanti, kemenangan pasti milik kami, INSYALLAH.

#PRU-13
Share:

4 comments:

Bigpapa Bobaldo said...

mahal x shade dkt kedai dia mizah?
pastu kedai dia ni kt area mana eh?

N.H.S said...

BigBaba: starting harga 300 LE + . Kedai tu banyak shades bentuk bulat. Area lorong sebelah travco. Dekat dengan kedai kekacang. Nama kedai tu Silk optics. :)

Cikya said...

Shades Ori ker 300 LE?

Oh, tips penjagaan cermin mata aci tak pakai? ker applicable for shade only?

kisah yang menarik...
doktor keturunan, pencuri pakatan polis, haih haih...

Am, kalau disable words verification ni aci tak? =)

N.H.S said...

Cikya: Ori je... Tapi takde la cam jenama Rayban tu yang tu 900LE dapat la. Lepas tu , lens pun tak polarized punya.

tips penjagaan cermin mata tu boleh je guna untuk cermin mata. Same case. :)

buat word verification tu sebab ramai stranger suka spam ruangan komen. Annoying. Takpe..takpe..akan dibuang tak lama lagi. =)