بسم الله الرحمن الرحيم
"In a land of myth and a time of magic,
the destiny of a kingdom rests on the shoulders of a young boy.
His name...Merlin"
Itu intro untuk siri The Adventures of Merlin.
Merlin..So cool~ |
Dalam cerita tu, Raja Uther adalah seorang raja yang keras kepala dan takkan ada tolak ansur langsung dalam apa-apa perkara yang melibatkan sihir [magic/miracle/sorcery]. Sesiapa je yang mengamalkan/disyaki mengamalkan sihir, akan dibunuh serta merta tak kisah la ada bukti atau pun tanpa bukti yang kukuh. Jadi, ramai orang termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh atas sebab tu.
Atas sebab tu juga, ramai orang benci kat Raja Uther. Itulah yang berlaku pada sebuah negara andai kata raja berkuasa mutlak. Setiap titah raja langsung tak boleh bantah walaupun anak raja sendiri. Setiap titah adalah perintah. Takde tolak ansur lagi. Raja cuma akan tanya pendapat orang lain kalau dia dah takde idea.
Mengikut sejarah, sistem politik terbaik telah pun diamalkan oleh kerajaan Madinah sewaktu Rasulullah sallahualihi wasalam menjadi ketua negara dulu. Baginda mengamalkan sistem syura, satu sistem yang mementingkan perbincangan sesama ahli majlis syura.
Aku tak pernah tahu apa perasaan hidup ada raja. Sekarang ni pun negeri aku bukannya ada raja pun. Mengikut sejarah, raja negeri aku lari pergi negeri lain.
"Kesetiaan kepada raja dan negara"
Prinsip rukun negara yang kedua. Dulu, ada la juga belajar maksud prinsip rukun negara dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan. Tak pernah nak ingat pun. Jadi, aku tanya Mr.Google maksud rukun negara kedua yang selalu kita laungkan masa perhimpunan kat sekolah dulu.
Mr. Google kata,
" Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong."
Sumber: Wikipedia
"Menekankan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah lambang perpaduan negara kerana Malaysia mengamalkan pemerintahan bercorak raja Berpelembagaan. Rakyat mestilah taat setia kepada baginda dan negara. Kesetiaan adalah suatu semangat kebangsaan yang boleh menyatupadukan rakyat. Prinsip ini juga bertujuan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban untuk negara demi keamanan dan kemajuan."
Sumber: scribd.com
Sikit punya panjang la huraiannya...Dalam siri Merlin, Putera Arthur, anak Raja Uther pernah kata:
"Camelot was built on trust and loyalty"
Ni nak menunjukkan betapa pentingnya kesetiaan rakyat pada pemerintah demi keamanan negara. Kepercayaan rakyat pada pemimpin akan membuahkan kesetiaan. Kalau rakyat dah tak percaya pada pemimpin, agak-agak wujud ke sifat setia?
Saidina Abu Bakar radiallahuanhu pernah berucap:
“ Wahai semua orang yang hadir, saya dilantik menjadi pemimpin kamu, pada hal saya bukannya orang yang terbaik dikalangan kamu. Sekiranya saya seorang yang berlaku baik, tolonglah saya. Sekiranya saya berlaku buruk, perbetulkan saya. Benar itu amanah dan bohong itu khianat. Orang yang lemah kalangan kamu menjadi kuat disisku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat pula menjadi lemah disisiku sehingga aku bertindak keatasnya dengan cara yang benar ( adil ). InsyaALLAH, tiada ada seorang meninggalkan kewajipan berjihad menegakkan Islam, maka sesungguhnya tidak ada kaum yang meninggalkan kewajipan jihad itu melainkan ALLAH menghukum mereka menjadi hina.Sumber: mujahidmuda90.blogspot.com
Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan Rasul,
maka apabila aku menderhakai Allah dan Rasulnya, maka kamu tidak wajib mentaatiku.”
Ini satu contoh sifat pemimpin yang adil. Ketaatan pada Allah adalah perkara utama bagi beliau. Tak gila kuasa, memerintah negara berlandaskan hukum-hukum yang telah disyariatkan Allah subhanallahuwataala. Yakin undang-undang syariah adalah undang-undang terbaik untuk kemaslahatan umat. Masih adakah pemimpin sebegini?
Wallahu'alam.
p/s: Tiada manusia dapat lari dari kesilapan.
4 comments:
wah mizah.. inikah hasil tengok cerita merlin? :P
well, you know me..hehe
gud job arr mizah....
tiba2..rasa nak jdi ahli arkeology..
Hah? Ahli arkeologi? Tu cita-cita saya masa darjah 4 tuh..hehe. Kenapa boleh terfikir nak jadi ahli arkeologi pula?
Post a Comment