بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum!
Sesiapa yang minat anime mungkin pernah tengok anime "Fruits Basket", kan?
Bukan nak cerita pasal anime tu pun...tapi, nak kongsi something interesting yang aku dapat dari anime tu.
Ni kata-kata Honda Tohru (heroin Fruits Basket) dalam anime tu:
"Why is it people have to be jealous of someone...
I wonder
I wonder
Why is it they don't notice the remarkable things about themselves...
I wonder"
I wonder"
Pernah tak korang rasa cemburu pada orang lain?
Adik-beradik?
Kengkawan?
Sesiapa je?
Pernah?
Kalau la pernah, mungkin masa tu korang masih belum sedar kelebihan yang korang ada.
Kita (termasuk diri aku) selalu nampak kelebihan orang lain.
Kita selalu nampak tuah orang lain.
Kita selalu fikir tak ada orang lain yang lebih susah/menderita dari kita.
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Sebab kita ni manusia...kita selalu lupa.
Kita lupa kita pun ada kelebihan.
Kita lupa ramai lagi saudara kita yang menderita.
Kita lupa, mungkin Allah cuma nak uji kita, sebab tu Dia beri kita rasa susah.
Dalam erti kata lain, kita lupa nak BERSYUKUR...
Kita lupa Allah dah kurniakan pelbagai lagi nikmat lain untuk kita.
Kadang-kadang, kita terlalu tamak sampai wujud perasaan cemburu pada orang lain.
Walhal kita tak perlukan semua tu pun.
Kita sepatutnya ingat, Allah Maha Adil. Dia tak akan pernah menganiaya makhlukNya.
Setiap yang berlaku tu pasti ada hikmah.
Fikir-fikirkanlah...
Sekian.
p/s: Tengok anime pun boleh dapat pengajaran tau...Tapi, jangan sekadar tengok, fikir-fikirlah..
Kat blog ni ada cerita pasal kelebihan bersyukur. Baca la...InsyaAllah bermanfaat.
Edited: Aku tak maksudkan cemburu sebab cinta dalam post ni. Aku maksudkan cemburu sebab tengok orang lain lebih berjaya/beruntung/bahagia daripada diri sendiri. Itu je. Maaf andai ada silap/salah dalam menconteng...Wallahualam.
Edited: Aku tak maksudkan cemburu sebab cinta dalam post ni. Aku maksudkan cemburu sebab tengok orang lain lebih berjaya/beruntung/bahagia daripada diri sendiri. Itu je. Maaf andai ada silap/salah dalam menconteng...Wallahualam.
2 comments:
hmm..cemburu..semua org pon mesti cemburu punya...tak dapat lari...laa budda lana...xmungken tidak...
sedangkan saidina ali juga cemburu tatkale saidatina fatimah mengatakan bahawa sebelum berkahwin dgn ali, beliau ada mengagumi seseorang..then...saidatina fatimah cakap bahawa ali lah orgnya...baru cemburu tu reda...
begitu juga dgn saidatina aisyah yg cemburu pd saidatina khadijah..
tp, yg penting...jgn lah cemburu kite tu membawa pd dengki yg lama kelamaan akan berubah menjadi dendam...
bukan begitu saudari...??
Betul...betul..betul...!
Post a Comment