بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ni sebenarnya kesinambungan untuk entri Cara Memohon Visa Mesir.
Dalam entri lepas, visa yang korang mohon tu untuk 3 bulan je...
Jadi, bila visa 3 bulan tu dah tamat, mesti korang tertanya-tanya nak buat camne kan...?
Terutamanya pelajar yang baru datang ke Mesir.
Takpe...takpe....takpe...
Sila baca entri ni sampai habis untuk tahu CARA-CARA MEMPERBAHARUI VISA MESIR.
*Cara-cara ni mungkin lebih sesuai untuk PELAJAR yang belajar di Mesir.
Ni untuk muhafazah TANTA. Muhafazah Kaherah, Mansoura, Iskandariah dan lain-lain mungkin ada perbezaan.
Ni untuk muhafazah TANTA. Muhafazah Kaherah, Mansoura, Iskandariah dan lain-lain mungkin ada perbezaan.
Kalau untuk pekerja mungkin ada tambahan dokumen, tapi, aku tak tahu sebab aku bukan pekerja..Hee~
*Edited: Bayaran dan dokumen yang diperlukan juga bergantung pada kursus yang diambil. Cam aku, pelajar jurusan Sains Kesihatan (Medik/Pergigian/Farmasi) bayaran mahal sikit la berbanding pelajar jurusan Syariah, Usuluddin, etc. etc.
*Edited: Bayaran dan dokumen yang diperlukan juga bergantung pada kursus yang diambil. Cam aku, pelajar jurusan Sains Kesihatan (Medik/Pergigian/Farmasi) bayaran mahal sikit la berbanding pelajar jurusan Syariah, Usuluddin, etc. etc.
PENTING!1*
Tempoh diberi untuk perbaharui visa adalah selama 2 MINGGU selepas tarikh tamat visa
Contoh:
Tarikh tamat visa Abu pada 3 Disember 2012
Jadi, Abu ada masa sehingga 17 Disember 2012 untk perbaharui visa dia.
Jika dalam tempoh tu Abu tak perbaharui visa, dia akan dikenakan denda.
Bayaran denda sebanyak 150 LE.
*Abu dikira sangat bertuah jika tidak dikenakan denda (Di Mesir, macam-macam kemungkinan ada...)
2*
Kalau ada sebab-sebab munasabah yang menyebabkan urusan perbaharui visa tertangguh, Abu boleh
mohon "SURAT PENGAMPUNAN" daripada Kedutaan Malaysia di Kaherah.
mohon "SURAT PENGAMPUNAN" daripada Kedutaan Malaysia di Kaherah.
Selalunya, masalah kitorang, universiti lambat bagi tasdiq kuliah.
Tasdiq kuliah akan dikeluarkan tiap-tiap tahun oleh pihak universiti.
Takde tasdiq, tak boleh buat visa.
Paham-paham je la kalau dah berurusan dengan Arab...
Bukra...bukra... sampai 1 bulan pun bukra juga...*haish*
3*
Tasdiq kuliah akan dikeluarkan tiap-tiap tahun oleh pihak universiti.
Takde tasdiq, tak boleh buat visa.
Paham-paham je la kalau dah berurusan dengan Arab...
Bukra...bukra... sampai 1 bulan pun bukra juga...*haish*
3*
Tempoh siap visa: Visa siap pada hari yang sama. Aku pernah pergi awal pagi untuk buat visa.
Kaunter buka je, isi borang bagai....dalam 2 jam lepas tu siap. Kejap je...
4*
Kaunter buka je, isi borang bagai....dalam 2 jam lepas tu siap. Kejap je...
4*
Korang takyah risau sangat pun sebab, selalunya ada je senior korang yang baik hati akan tolong uruskan korang.
Aku sayang sangat senior-senior Tanta....
Masih kuingat saat mereka bersusah payah uruskan kami dulu...^^
Habis intro, masuk bab visa.
Jenis Visa: VISA PELAJAR
Tempoh sah: 1 TAHUN
DOKUMEN-DOKUMEN yang diperlukan:
1. Passport
2. Salinan passport
- yang ada data peribadi + gambar korang tu...
3. Gambar
- saiz gambar = saiz gambar passport
4. Salinan visa
- Visa terakhir yang korang buat.
- Visa pelancong yang 3 bulan korang buat kat Malaysia tu / Student visa yang dibuat di Mesir
- Visa terakhir yang korang buat.
- Visa pelancong yang 3 bulan korang buat kat Malaysia tu / Student visa yang dibuat di Mesir
5. Salinan cop masuk ke Mesir (cop kastam)
- masa korang nak masuk Mesir, kastam akan cop "ARRIVAL DATE" kat passport korang.
- Fotostat la cop tu ye.
6. Tasdiq kuliah yang ASLI
- Tasdiq ni adalah kenyataan daripada pihak universiti menandakan korang ni belajar di universiti tersebut pada tahun sekian...sekian... faham?
7. Fulus a.k.a duit
- 92.25 LE
Sila bayar dengan jumlah yang cukup-cukup je untuk memudahkan urusan
Edited: Bayaran visa LE 92.50 pada tahun 2014
Sila bayar dengan jumlah yang cukup-cukup je untuk memudahkan urusan
Edited: Bayaran visa LE 92.50 pada tahun 2014
Dah cukup dokumen?
Jom buat visa...!
PROSES PERMOHONAN
1. Isi borang
- visa dalam bahasa Arab dipanggil إقامة [i-qa-mah]. Nak minta borang tu, cakap je iqamah.
Faham la arab tu nanti. Tapi, yang sebetulnya, borang dalam bahasa Arab = استمارة [is-ti-ma-rah]
- Isi la apa yang patut...
2. Hantar borang berserta dokumen-dokumen (kecuali duit)
3. Tunggu sat....
4. Bila 3mmu @ makcik @ kakak @ abang yang jaga kaunter tu panggil nama korang,
pi la ke kaunter tersebut.
5. Serahkan bayaran visa
6. Tunggu sat lagi...
6. Tunggu sat lagi...
7. Ambil semula passport korang.
8. Siap...! Alhamdulillah~
Kalau takde masalah pape, gitulah cara buat visa kat Mesir ni.
Sebelum buat visa tu, mohonlah Allah permudahkan urusan.
Itu je la...
Sekian.
Adios~
11 comments:
perghh. ni mantap betul ni
Ada ilmu kena la kongsi...hahaha... :)
Assalamualaikum. saya bercadang nak sambung bljr kat mesir dlm bidang medic. jd, kalau nak buat visa pelajar untuk ke sana mcm mna?? ambil borang kat kedutaan mesir di Malaysia ka?
Anonymous: Yup..Ikut steps kat entri saya yang ni --> http://lunarnajm.blogspot.com/2012/10/cara-memohon-visa-mesir.html?showComment=1366070815252#c4163429908969010508
Kalau di mansora, di mana peabat buat visa?
Anon: Maaf, saya tak tahu secara tepat. tapi, selalunye kalau cakap gawazat orang tahu je..
Assalam..Tumpang tanya..sy dah buat permohonan sambung visa pelancong di jawazat tahrir..depa kata ambil esok..kalau ambil lepas seminggu takpa tak?..mungkin ada yang pernah buat camtu boleh tlg info..t.kasih..
Fadzil: Secara jujurnya, saya tak tahu sebab saya tak pernah buat visa kat Tahrir. InsyaAllah saya tolong tanyakan kawan-kawan saya kat Cairo.
Fadzil: Ni ape yang kawan saya kat Cairo bagitau, "try tp kene tnye officer tu betul2 la. sbb pernah jadi satu kes senior tu die tertinggal die punye pasport mase renew visa. sepatutnya kene ambik pasport bawak balik tp die tak ambik. pastu die tnye officer tu org tu kate xde dah pasport die.
pastu die mintak tlg aku dengan ahmad ardy utk dapatkan pasport die. pastu bile g tahrir, cakap pasal kes die tu elok2, officer tu bukak peti besi yg ade pasport2 orang2 yg tertinggal *(macam kes ni la kot).
main point nye, isu komunikasi dan masalah bahasa. kene faham apa dia cakap, nak kene faham ape nak cakap. "
assalammualaikum..saya nak tanya pasal visa la...ni first time saya nak pi blajaq kat sana.. n first time gak naik flight sorang2... sekarang ni 3 bulan sebelum kita kesana..kina kena buat apa dulu?
+alis amirah:
waalaikumussalam.. 1st sekali kena buat passport dulu. bila dah ada passport baru boleh buat visa.
proses untuk buat visa tu sama je, pergi kedutaan untuk ambil borang. bawa sekali dokumen2 berkenaan, isi borang.
lebih bagus kalau dah ada tarikh nak fly. sebab dalam borang akan tanya tarikh tiba kat mesir. jadi, tarikh mula visa = tarikh sampai kat mesir.
Post a Comment